Isnin, 7 Jun 2010

KHASIAT HALBA

post ni.... saya dapat dari www.mynurkasih.blogspot.com
Khasiat Halba

Assalamualaikum w.b.k,
Rasaya dah ramai yg maklum tentang khasiat halba..Tapi As sengaja buat entri ini untuk koleksi blog As & berkongsi dengan sesiapa yg ingin mengetahui mengenai khasiat halba..
Sejak As tau khasiat halba..setiap kali masak Nasi Dagang & Nasi lemak mcm dah jadi 1 kemestian plk utk letak halba dalam masakan As tu..kami sekeluarga pun dah amalkan minum airhalba..sebagai permulaan kalau x biasa minum gitu je..letak lah sikit teh & madu..masa mula2 minum tu..lihat hasilnya..InsyaAllah..
Rasulullah saw bersabda :" Sekiranya umatku tahu akan kelebihanHalba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas "Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib.Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makanHalba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.
Rasulullah saw kemudiannya bersabda : "Gunakanlah Halbasebagai ubat"Memang Halba itu baik!! 
Mak saya amalkan masuk sedikit dalam beras masa menanak so that kanji nye akan berkurangan (utk pesakit diabetics) dan wangi pun iya jugak!! Petua ni didapati dari pengamal perubatan alternative semasa mak saya berubat dulu!!Kalau orang Johor... selalunya masak nasi lemak letak halba nih... untuk naikkan wangi nasi lemak tuh...Kalau tak tahu gak... tanya lah parent, pasti dia org tahu apa itu halba...
KEGUNAAN HALBA
1. Diminum sebagai teh untuk- Melancarkan haid- Menghilangkan kembung,sebu dan senak- Pencuci perut- Menguatkan jantung- Menghilangkan lender tekak- Melegakan sakit kepala/ migraine- Membuang angin- Menyembuhkan buasir- Senggugut- Merangsang rahim- Kegemukan- Kurang berat badan- Mengawal kencing manis- Radang kulit dan Bisul
2. Teh Halba + Madu- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah- Anemia
3. Untuk anak2 yang baligh- kecergasan- kekuatan badan- Tumbesaran
4. Untuk ibu menyusu- Banyakkan air susu
5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk.Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasidagang. MANA NAK DAPAT HALBA ..Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah di pek secara komersil di pasaraya.
Sila edarkan risalah ini semoga ada manafaat kepada orang ramai yangberpenyakit tetapi tidak perlu berbelanja mahal untuk mencari penawarnya. InsyaAllah sembuh dengan izin Allah jua.

3 ulasan:

  1. boleh ke kite amalkan minum air halba ni boleh menguruskan badan

    BalasPadam
  2. leh ke mix halba..kulit kayu manis..halia..ckit masak...suam minum + madu......

    BalasPadam
  3. biasa yang kak ina buat... rendam je halba tu dengan air panas dan minum airnya ketika suam... memang lah tak sedap bau dan rasanya....kalau nak buat macam tu pun boleh rasanya...tak lah rasa halba tu terasa sangat....cubalah...

    BalasPadam

komen disini... Mamaiyad sedia mendengarnya